Petshop Baru Di Kuantan


PETSHOP BARU DI KUANTAN PAHANG
Lokasi Indera mahkota 16/1 Taman Suria Perdana Kuantan Pahang

Saya menjual pelbagai barangan keperluan untuk kucing. Dari makanan, sangkar, aksesori, supplement, ubat2, pasir hinggalah tilam2 utk kucing. Kalau kawan2 nak beli secara online, boleh usha2 dulu facebook saya utk tgk2 iklan. Nanti kalau berkenan, leh msg saya terus atau whatsapp 0139630967 pian

SEARCH FB : KUANTAN PETSHOP
atau klik link ni --> www.facebook.com/kuantanpetshop
waktu niaga 11am - 9pm
call sms wassup 0139630967 pian

ETIKA PERTANDINGAN KUCING

APAKAH MAKSUD " CAT SHOW "

- Cat show adalah acara pertandingan kucing. Walaupun namanya "catshow", kucing yang masuk bukan sekadar untuk di "show" semata-mata tetapi kucing yang ada di cat show sebenarnya sedang menyertai pertandingan kucing. Setiap cat show mempunyai format mereka sendiri, bergantung pada organisasi mana yag mereka wakili serta kategori kucing apa yang mereka pertandingkan.


RINGKASAN KATEGORI CAT SHOW

- HHP cat show bermaksud pertandingan kucing itu adalah untuk kucing-kucing domestik. Biasanya HHP cat show menggunakan sistem 'ring' (pusingan) seperti format judging CFA dan TICA. Anda boleh tahu dengan melihat banner pertandingan kucing itu, adalah '2 ring' atau '3 ring' atau '4 ring'. jika '4 ring', bermakna ada 4 juri yang akan mengadili, dan kucing anda mempunyai 4 peluang untuk di adili oleh 4 juri berbeza.

- Fun cat show bermaksud pertandingan kucing ini berformat bebas (domestic dan pedigree boleh masuk) dan kategori yang dipertandingakan adalah seperti most fluffy hair, most handsome male, most gorgeous female, unic pattern dan lain-lain. Fun cat show tidak mempunyai 'ring'. Kebiasaannya, fun cat show di anjurkan oleh kelab2 kucing utk mengisi jadual aktiviti kelab dan juga atas dasar prihatin utk mendekatkan org ramai untuk mengenali kucing.

- CFA show bermaksud pertandingan kucing ini adalah di bawah organisasi CFA (cat fancier association). Format nya adalah menggunakan 'ring', dari '2 ring' sehinggalah '8 ring' dan kadang kala di buat 2 hari berturut-turut. Juri yang mengadili CFA show di bawa khas dari luar negara dan pertandingan CFA cat show ini merupakan lapangan untuk kucing-kucing pedigree (terutama kucing yang berdaftar di bawah CFA) untuk di nilai kualiti dan standardnya.

- TICA show sama seperti CFA show menggunakan sistem ring.

- FiFE show tidak mempunyai sistem 'ring'. Penjurian mereka sedikit berbeza dengan CFA dan TICA kerana hanya ada 1 juri sahaja yang mengadili kucing-kucing pedigree dan HHP ini. Penjurian kucing pedigree adalah berdasarkan 'breed standard' dan di bahagi mengikut kategori kucing tersebut.

ETIKA KETIKA BERADA DI CAT SHOW

Anda DIBENARKAN untuk

1. Melihat-lihat dan beramah mesra dengan tuan kucing (jika mereka sedang lapang)

2. Bertanyakan tips penjagaan kucing atau latar belakang kucing yang anda minati

3. Melihat proses penjurian (ini paling menarik kerana juri biasanya akan menerangkan serba sedikit tentang kucing yang sedang di adili. Semasa proses ni berlangsung, anda pasti akan dapat maklumat2 yang berguna. Selalunya juri akan menerangkan mengenai jenis warna, bulu, mata, fizikal muka, berat, baka, corak dan macam2 lagi.

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk

1. Membuat bising dengan bercakap dengan kuat, menjerit, bergelak ketawa berdekah-dekah. Sila hormati acara dan menjaga keamanan show hall. Kucing mudah merasa stress dengan bunyi yang bising, terutama sekali kucing yg kali pertama masuk pertandingan.

2. Mencucuk-cucuk kucing di dalam sangkar. Jangan salahkan kucing atau pemiliknya jika tangan anda di cakar kucing yang sedang stress.

3. Menggegar-gegarkan sangkar.

4. Menyergah kucing atau menepuk tangan di hadapan muka kucing.

5. Memasukkan tangan anda ke dalam sangkar dengan niat meraba/ merasa/ membelai bulu kucing. Kenapa tak boleh sentuh?? sebabnya anda takkan sedar tindakan anda tu sebenarnya boleh mengundang penyebaran virus dan kuman. Semua pemilik kucing pun wajib disinfect tangan masing2 sebelum menyentuh setiap kucing yg menyertai pertandingan. Kalau tangan anda byk kuman? Sila ingat pesanan ini tau.

6. Jangan bawa kucing yang tidak menyertai pertandingan masuk ke ruang show hall. Kucing yang berada di dalam show hall telah di periksa oleh veterinar sebelum dibenarkan masuk. Jadi tolong jangan bawa masuk kucing yang tidak mendapat kelulusan veterinar bertugas dari masuk ke ruang show hall.

7. Jangan biarkan anak anda berlari-larian di ruang show hall. Jaga anak anda. Banyak kes anak-anak yang sedikit nakal membuka pintu sangkar, mengganggu kucing, menjerit dan berlari-lari di ruang show hall. Ini sangat bahaya dan mengundang rasa tidak selesa pengunjung lain, peserta, dan kucing sendiri.

8. Jangan sekali-kali masuk ke dalam ruang pertandingan. Anda boleh melihat kucing yang dipertandingakan, tapi dari luar sahaja. Ruang di dalam hanya khusus untuk pemilik kucing groom kucing mereka dan juri mengadili kucing.

9. Jangan sesekali biarkan anak2 anda menghulur makanan kepada kucing2 yang sedang bertanding.

10. Mematuhi peraturan yang ditetapkan di show hall dan mematuhi arahan crew bertugas. Jika crew dah menegur perbuatan anda sekali, atau membuat pengumuman agar pengunjung mematuhi arahan, terus lah berhenti dari melakukannya dan jangan la buat lagi pada kucing lain pula. Saya percaya anda semua sudah dewasa dan besar panjang, semua paham bahasa =) (jangan lah buat crew naik angin dan hilang sabar)

11. Berhati-hati ketika berkata-kata terutama jika anda nak komen atau kutuk kucing tu. Mungkin tuan kucing tu ada sebelah anda, tapi anda tak kenal dan tak tahu. Nanti xpasal2 jadi bergaduh plak.

12. Jangan sesekali ambil gambar kucing2 yang sedang bertanding tanpa meminta kebenaran pemilik terlebih dahulu.

Jadi itu sahaja serba sedikit mengenai adab dan etika yg perlu anda jaga ketika mengunjungi mana2 cat show. Jika anda baru pertama kali pergi menonton cat show, sy sarankan anda tutup je mulut, ikat tangan, sorok phone, abis citer. Hahahaha.

( petikan ini adalah hasil perkongsian dari rakan2 yang lebih berpengalaman, blogger2 dan di edit sedikit oleh saya mengikut pandangan saya sendiri. So harap nota di atas dapat membantu dan menambah sedikit ilmu kita dalam penjagaan adab dan etika ketika cat show )




PETSHOP MURAH DI KUANTAN


Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yg baik untuk terus menempuh liku2 kehidupan tahun 2014. Skrg tgh sibuk sangat2 tolong mak ayah handle petshop diaorg. Dalam masa yang sama, handle pulak bisnes sendiri iaitu baiki komputer. 

Kenapa tajuk entry ni PETSHOP MURAH DI KUANTAN? senang cerita mcm ni la. Meh je datang ke kedai kami untuk lihat pelbagai jenis makanan dari pelbagai peringkat dan harga yg ditawarkan sememangnya anda mampu.

Details Kedai
- Tulus Juha Petshop
- No 21 Bangunan LKNP Tanah Putih Baru Kuantan Pahang ( berhampiran petronas )
- Menjual pelbagai barangan dan keperluan kucing
- Sangkar, Pasir, Makanan Dari Pelbagai Jenama Terkemuka, Mainan, Dan Mcm2 Lagi

New Outlet
- Kuantan Petshop (RETAIL STORE & HQ )
- A-167 Lorong IM 16/1 Tmn Suria Perdana ( shell bypass )
- Menjual pelbagai barangan dan keperluan kucing
- Sangkar, Pasir, Makanan Dari Pelbagai Jenama Terkemuka, Mainan, Dan Mcm2 Lagi
- Jom La Usha Fan Page Kedai ni : www.facebook.com/kuantanpetshop

So ni la ceritanya dan kenapa tajuk entry sy begitu. Huhuhu.. Jgn marah haa... Jom sokong kami !~

ISU HALAL PRODUK MAKANAN KUCING



Puas juga google maklumat mengenai isu halal haram makanan kucing ni. Lagi sukar untuk dibincangkan kalau kita ni cetek ilmu bab halal haram atas produk untuk haiwan. So kat bawah ni sy share salah satu petikan yg sesuai dibaca oleh semua peminat2 haiwan peliharaan terutamanya kucing. Anda boleh tuliskan pendapat anda di ruangan komen. Jgn keras2 sgt sudah la ok.

BENARKAH PERLU HALAL ??


Alhamdulillah, Allah lapangkan masa kami untuk menyentuh isu ini.
Dengan berlapang dada dan lafaz Bismillah, kami mulakan coretan yang mungkin akan mencetus kontroversi ini.

Soalan:
Benarkah makanan kucing perlu Halal?
Apa definisi Halal sebenarnya?
Adakah benar makanan kucing di pasaran sekarang tidak Halal?

Owh, persoalan-persoalan di atas terlalu kerap diajukan kepada kami dan YA, benar ia membuatkan kami rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.

Sungguh makanan kucing HALAL sangat tidak logik.

Adakah logo ini layak dan perlu diletakkan pada bungkusan makanan kucing? Fikir-fikirkan

Mengapa kami katakan sedemikian?

Sedangkan ayam Halal di pasaran sekarang pun kita masih sukar untuk pastikan kesahihannya, apatah lagi kandungan Halal dalam makanan kucing.
Prosedur sembelihan Halal itu sendiri mempunyai kos tersendiri. Seperti yang kita lihat, ayam Halal adalah lebih mahal berbanding ayam tak Halal, kan?

Jadi, persoalannya; logikkah makanan kucing yang terdapat di pasaran sekarang benar-benar mengandungi ayam Halal (contohnya)?

Tahukah anda, ayam-ayam di rumah sembelihan mega tak semestinya halal? Ini kerana walaupun ayam-ayam ini disembelih dengan cara Islam tetapi, mereka mati lemas. Bukan mati dengan Halal.

Sebagai pemodal dan pengeluar makanan ini, semestinya mereka mahu mengurangkan kos sebanyak mungkin dan tak mampu memastikan ayam atau daging yang mereka gunakan adalah Halal yakni disembelih secara Islami.

Tambah-tambah, makanan kucing yang begitu mudah didapati di kedai runcit, hypermarket dan supermarket di mana harganya sepeket tidaklah begitu mahal.

Ia sungguh tidak logik.

Jadi, apa sebenarnya ISU BESAR yang menyebabkan timbulnya produk makanan kucing halal?

Isunya hanyalah kandungan bersumberkan khinzir, yang dikatakan ada di dalam makanan kucing yang sedia ada diimport dari negara barat seperti AS dan UK.








Tidak dinafikan, makanan kucing yang mengandungi unsur khinzir, menyebabkan ramai pemilik kucing tidak selesa mengendalikan makanan tersebut. Tetapi, tiada sumber khinzir (atau berlabel Halal), tak bermaksud makanan itu baik untuk kesihatan kucing. Ada sahaja pilihan makanan bebas khinzir dan sangat bernutrisi untuk kesihatan kucing.

Makanya, makanan kucing 'Halal' yang sedia ada di pasaran sekarang tidaklah Halal secara hakiki, hanyalah SUCI kerana bebas dari bahan bersumberkan khinzir.

Apa sebenarnya definisi Halal dan hukum memakan makanan Halalan Toyyiban ini tertakluk kepada siapa?

MashaAllah, kami bukanlah ahli agama untuk mengupas lanjut isu hukum-hakam, tetapi secara asasnya, semua umat islam patut tahu apa sebenarnya definisi Halal.


Ini adalah takrifan HALAL oleh JAKIM:

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Ternyata di dalam definisi di atas, hanya orang-orang Islam yang tertakluk kepada makanan HALALAN TOYYIBAN.

Kucing atau haiwan lain tidak tertakluk kepada makanan HALAL.

Tetapi, kami amat memahami isu sebenar. Orang Islam lah kebanyakannya memelihara kucing dan menguruskan kucing dengan memegang makanan yang dikhuatiri bersumberkan khinzir itu, amatlah tidak konvenien.

Maka, disebabkan desas-desus makanan dari negara barat mengandungi sumber khinzir, maka keluarlah produk makanan kucing yang berstatus 'HALAL'.

Di mana status sebegini sedang mengelirukan pengguna. Apatah lagi, jika ikon pada peketnya berupa seorang doktor haiwan berhijab.

Kami meluangkan banyak masa meneliti produk-produk sebegini. Apa yang kami temui, kurangnya informasi tentang nutrisi dan bahan sebenar yang digunakan di dalam makanan kucing sebegini.

Ini tidak berlaku kepada makanan kucing premium yang diimport dari negara barat. Kerana di negara mereka telah mempunyai standard yang ditetapkan oleh AAFCO dan FDA. Makanan kucing komersial tidak laku di negara mereka, kerana mereka sudah aware akan side effect makanan sebegitu terhadap haiwan mereka.

Makanan kucing 'Halal' di pasaran kita pula kebanyakannya diperbuat dan dikilangkan di negara Thailand. Apakah prosedur Halal mereka seketat negara kita?

Jadi, apa masalahnya sekarang?
Masalahnya ialah jika benar, makanan kucing berlabel HALAL ini benar-benar HALAL, status Halalan Toyyibannya masih diragui.

Kerana tidak logik makanan kucing berharga murah mengandungi bahan terutama sumber protein yang baik. Sumber protein adalah sumber paling MAHAL di dunia.

Halal tidak lengkap tanpa Toyyiban. Makanan kucing berstatus 'Halal' ini banyaknya, menggunakan bahan-bahan 'terbuang' atau offals, contohnya hati, peparu, usus, kulit, perut dan sebagainya.

Inilah contoh offals. Ia bermaksud tisu lembut atau organ haiwan selain daging. Bahan ini tetap mengandungi protein tetapi tidak sekualiti otot/ daging. Bahan-bahan seperti ini juga mudah rosak kerana fungsi mereka yang memproses dan menyimpan toksin serta menjadi tempat persinggahan bakteria.

Bahan bukan daging ini cepat rosak atau busuk. Maka, perlu ditambah bahan aditif di dalam pemprosesan makanan ini. Bahan aditif ini pula, kemikalnya tidak elok sekiranya dimakan dalam jangka masa panjang.

Kebanyakan bahan aditif ini adalah garam berMagnesium. Di sinilah, punca masalah kesihatan kucing timbul. Akan munculnya penyakit batu karang dan kegagalan fungsi buah pinggang. Itu belum lagi, masalah lain yang secara tidak langsung disebabkan kucing makan makanan 'murah' sebegini.

Ini adalah satu contoh kes kucing kencing berdarah di satu Vet di Singapura. Beginilah rupa air kencing seekor kucing yang mengalami batu karang. Ia amat memeritkan apabila melihat mereka menderita penyakit ini.


Apapun, kami mendengar satu berita baik dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bahawa, selepas ini tiada makanan haiwan bersumberkan khinzir akan dibenarkan masuk ke Malaysia. Makanya, tiada isu makanan kucing tidak SUCI selepas ini, In shaa Allah.

Kami sangat berharap, coretan ini sangat bermanfaat dalam memberi pencerahan tentang makanan kucing Halal ini.

Bagi kami sebagai Doktor Haiwan, perkara ini sangat SERIUS. Kerana kami yang selalu menghadapi kes-kes berkaitan. Melihat kucing menderita akibat sesuatu yang boleh dielakkan pada asalnya, sangat memeritkan.

DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE GUNA OPERA

Nak dijadikan cerita, masa kat open house raya semalam, ada la sorg member aku ni bertanyakan cara mudah nak download video dari youtube. Aku xsangka soalan ni kuar dari mulut dia sbb dia ni mmg mahir bab2 android ni. Katanya byk software utk download file dari youtube memberatkan kelancaran phone dia dan terlalu byk iklan yg tiba2 keluar kat screen. Aku pun ckp kat dia, nak download2 ni mmg la kena guna software. Dan aku guna software browser opera mini je. Jadi, aku pun share lah cara aku download video dari youtube yg dah dekat 1 tahun aku guna utk download upin ipin untuk anak aku ni. Kalau korang nak try pun boleh. Ataupun kalau korang ada software2 yg boleh mudahkan kita nak download dari youtube, share2 la ye kat ruangan komen. So kat bawah ni tutorial yg aku ajar member aku semalam.

PENTING !!
Perkara pertama, kena pastikan connection anda xslow mcm siput. Kalau dpt guna wifi, lg la bagus. Tp kalau anda hanya gunakan data plan, pastikan la connection xputus2 ye. Tutorial ni nampak panjang sbb sy sertakan gambar. Lepas anda cuba sekali, baru anda akan tau betapa senang dan pendeknya tutorial ni.


1 - Buka Playstore dan download browser " OPERA MINI "
opera mini













2 - Buka opera mini dan taip " youtube.com " kat ruang address. Kemudian enter ( tgk gmbr bwh )

















3 - Tekan logo kanta dan taip video apa yg anda nak dan tekan enter ( tgk gmbr bwh )


















4 - Pilih video yg anda nak. Kalau xjumpa, search la lagi smpai anda jumpa. Bila dah jumpa, klik la video tu seolah2 anda nak tonton ( sy mmg tonton dulu untuk beberapa saat utk pastikan video sy nak tu ada audio )



































5 - Ok. Di sini tekniknya bermula. Senang je. Gantikan m.youtube kepada ssyoutube. xpayah ganti semua. Hanya huruf M dan TITIK je. Pastu tekan enter ( tgk gmbr bwh )


















6 - Anda akan dibawa ke satu laman lain. Skrg just swipe skit screen tu ke kiri supaya anda nampak menu pilihan di sebelah kanan. ( sy xswipe pun. sy just kecikkan skrin guna dua jari je )


















7 - Jumpa kan menu pilihan? kadang2 ada button " more " bwh pilihan tersebut kalau anda guna phone skrin kecil. So anda klik je mana2 pilihan yg ada. ( sy suka pilih file mp4 ). Secara automatik file akan dimuat turun kalau line anda laju. Kalau line slowm tggu je la kejap ye. Mmg dia akan automatik


















8 - So tggu je lah smpai abis download. Serius lg cepat abis download kalau anda guna wifi.


















Alhamdulillah... Selesai juga buat tutorial. Harap2 ianya sangat membantu. Sy minta maaf sbb xshare tutorial ni dari awal sbb sy sangkakan semua org dah tau. Kalau anda ada pendapat dan cara lain yg lebih mudah, sila la share kat ruangan komen ye. Sebagai tanda penghargaan sy buat tutorial ni, anda boleh la klik " like " fb page saya. Link kat bawah. Terima kasih pada yg " LIKE "

Ni page fb kedai komputer saya : CTS COMPUTER KUANTAN
Ni page fb kedai petshop saya : TULUS JUHA PETSHOP

tags : download upin ipin , download video youtube dengan mudah , upin ipin , lenovo

CARA ROOT LENOVO S930 JELLY BEAN 4.2 VROOT

lenovo
Fahami Dahulu Maksud Root. Sila Klik Sini Untuk Proses Pembelajaran
Peralatan Yang Diperlukan :
1 - Komputer
2 - Usb Kabel @ Kabel Pengecas
3 - Driver Usb
4 - Software Vroot

STEP 1
- Masuk setting dan tick menu Usb Debugging ( cari2 sendiri la ye.. )








STEP 2
- Dengan menggunakan komputer, download Usb Driver ( klik sini ). Kemudian extractkan ( sy guna software winrar ). Lepas extract, install lah Lenovo Usb Driver tersebut ( bg pengguna windows 7, sila right klik dan run as administrator untuk install )

STEP 3
- Kemudian download pula software Vroot ( klik sini ) ( jgn guna browser chrome sbb nanti dia detect sbg virus ) dan install di komputer ( bg pengguna windows 7, sila right klik dan run as administrator untuk install )

STEP 4
- Dah selesai install vroot kat komputer, anda boleh la jalankan program tersebut.  ( bg pengguna windows 7, sila right klik dan run as administrator untuk jalankan )

STEP 5
- Selepas program tersebut dah dibuka, anda akan nampak kotak kecik belah bawah kanan yg tertulis "connect device". Maknanya dia nak suruh hubungkan phone ke komputer la. So cucuk la kabel usb ke telefon dan sambungkan ke komputer. ( pastikan kabel kemas dan letak phone atas meja dan jangan disentuh ) dan tunggu sehingga komputer anda detect phone anda sepenuhnya.

STEP 6
- Selepas software tersebut selesai detect phone anda, kotak kecil belah bawah kanan tadi akan tertulis "root". So apa lagi, klik la kotak tertulis ROOT tersebut.

STEP 7
- Lepas selesai proses dia, phone akan automatik restart sendiri. So waktu ni, anda dah boleh la cabut phone anda. Lepas phone dah hidup semula sepenuhnya, anda akan mendapati terdapat satu program baru bernama Kinguser atau Superuser. Itu lah dia program root. Dan ini bermakna anda telahpun berjaya root phone anda. 

p/s : ada sesetengah pengguna hanya menggunakan Superuser sebagai program root manakala ada sesetengah pengguna suka menggunakan Supersu sebagai program root di mana mereka berpendapat Supersu adalah lebih baik dari Superuser. Tapi pada pendapat saya, superuser pun sudah memadai untuk memastikan phone anda dalam kategori phone yg dah ada root access. Sekian

Like Page Saya Jika Tutorial Ini Membantu : klik sini


LENOVO SOFTBRICK HARDBRICK


ARTIKEL INI MENGENAI TELEFON PINTAR !!
Artikel ini adalah umum dan sesuai dibaca oleh setiap golongan dan peringkat umur. Lagi sesuai dibaca jika anda adalah pengguna telefon pintar. Dan perlu diingatkan, anda haruslah berhati kering dan berkepala batu jika ingin mencuba cara2 dan tindakan2 yg tertulis di dalam artikel ini. Jika anda hanyalah seorang yg lemah gemalai dan hanya ingin membaca, silakan kerana ianya percuma. Sy akan membincangkan dahulu menu2 atau bahasa2 yg sering digunakan dalam proses baikpulih sistem smartphone ni.

OS
Singkatan kepada Operating System. Android dan Windows adalah di antara jenis OS yg ada. Setiap komputer dan telefon memerlukan OS untuk hidup. 

RECOVERY
Dalam dunia telefon pintar, recovery juga bermaksud pemulihan. Manusia menggunakan ubat utk pemulihan manakala telefon pintar hanya menggunakan menu untuk proses pemulihan.

STOCK RECOVERY
Menu pemulihan yg disertakan di dalam telefon oleh kilang pengeluar. Menggunakan butang volume untuk membuat turun naik pilihan menu dan butang power sebagai enter

CWM RECOVERY
Singkatan kepada Clock World Mod. Menu pemulihan yg lebih canggih dan lebih banyak fungsinya. Juga masih menggunakan butang volume utk membuat pilihan dan butang power sebagai enter

TWRP RECOVERY
Singkatan kepada TeamWin Projects. Era baru untuk menggantikan CWM. Fungsinya boleh dikatakan hampir sama sahaja kepada CWM. Tp yg menariknya, ia tidak lagi menggunakan butang volume dan power sebaliknya boleh disentuh sahaja di skrin. Mudah dan senang digunakan.

FLASH
Hampir maksudnya dengan install. Tetapi install digunakan untuk memasukkan software ke sistem operasi telefon manakala flash digunakan untuk memasukkan file atau sesuatu data ke sistem operasi telefon. Flash hanya akan berlaku melalui menu recovery xkira lah stock, cwm atau twrp. Jadi bila kita sebut flash, secara automatiknya menu recovery akan terlibat. Kesimpulannya, kalau melibatkan penggunaan recovery, itulah yg digelar Flash.
- Install  ( yg guna ekor apk atau jar spt game dan apps )
- Flash  ( yg guna ekor zip spt custom rom )

ROMS
Rom adalah sistem operasi. 

STOCK ROM
Sistem operasi yg disediakan oleh pihak pengeluar atau kilang. Maknanya sistem operasi asal dan original. Yg xbestnya stock rom ni, semua kandungan dan software2 yg diinstall dari kilang kebanyakannya tidak boleh dibuang atau di uninstall begitu sahaja. Bila banyak software yg kita xminat dan xguna masih berada dlm phone kita, secara automatiknya kira rasa kita xdpt hak dan penguasaan sepenuhnya terhadap telefon sendiri. Dan telefon pun jadi slow dan berat sbb terlalu byk software. Pernah alaminya?? 

CUSTOM ROM
Sistem operasi yg diubahsuai oleh pakar2 mengikut citarasa sendiri ataupun memenuhi permintaan pengguna lain yg inginkan perkara baru dan berbeza. Ramai budak2 yg mahir dan gila smartphone akan terus cari custom rom untuk model telefon masing2 wpun baru sejam beli phone. Tp wpun mereka gila, percayalah kata2 saya bahawa mereka sebenarnya dah buat research dulu sebelum beli model telefon pilihan mereka. Diaorg ni mesti join dulu group2 atau forum2 yg duk bincang pasal model pilihan dia sebelum dia beli phone tu. Admin juga lebih suka gunakan custom rom berbanding stock rom kerana custom rom ni membolehkan kita membuat pengubahsuaian sendiri kalau kita ada kemahiran. Dan ia selalunya lebih stabil dari stock rom. Dalam kemeriahan dan keseronokan guna custom rom, anda kena ingat juga pasal waranti anda yg dah terbatal tu. Kena cari juga cara2 camne nak kembalikan kepada keadaan asal sekiranya mengalami kerosakan dan memerlukan tuntutan waranti.

ROOT
Proses untuk mendapatkan hak dan penguasaan penuh terhadap telefon anda. Waranti telefon akan terbatal sekiranya anda melakukan proses ini. So ada baik dan buruknya. Tp pada pendapat admin, root ni lebih banyak baik dari buruknya. hahahaha. Nak root, kena ada software untuk root. Software paling pemes skrg adalah vroot, framaroot dan kingroot. Tp ingin diingatkan, setiap model telefon, lain caranya dan lain softwarenya. Buat research dulu sebelum nak buat root ni.Admin ada tulis mengenai ROOT dalam artikel2 sebelum ni. cari ye.

BOOT LOOP
Suatu keadaan di mana telefon anda sentiasa restart atau reboot di saat anda ingin hidupkan telefon anda. Dalam bahasa yg selalu digunakan " telefon sy stuck kat logo dan asyik restart". Masalah ini disebabkan oleh kerosakan file pada sistem operasi. Puncanya selalu dikaitkan dengan apa yg anda install seperti font dan xposed. Selalunya masalah ni boleh diselesaikan dalam tempoh yg pendek. Admin bg beberapa cara yg admin selalu guna ye. kalau xjadi, jgn la marah pulak. 

1 - cara pertama adalah cabut bateri. dah cabut bateri, tekan power button tanpa lepas selama 20 saat. pastu masukkan semula bateri dan hidupkan. Saya guna 20 saat kerana komputer juga guna 20 saat utk fully cut kuasa elektrik. cuba cara 2 jika gagal

2 - cara kedua adalah masuk ke menu recovery anda. camne nak masuk? lain model lain caranya. tp selalunya ia hanya menggunakan butang volume dan butang power sahaja. Bila dah masuk menu recovery, anda pilih menu "clear cache" dan "yes delete all cache" dan kemudian restart. cuba cara 3 jika gagal

3 - cara ketiga adalah cara terakhir. cara ini akan memadamkan semua data dan kembalikan os anda kepada asal. Masuk menu recovery, pilih menu "clear data" dan yes "delete all user data" dan restart. Sy amat yakin cara terakhir ni akan membantu anda. 

SOFTBRICK
Suatu keadaan di mana perangainya hampir sama mcm boot loop tadi. Cuma yg ketara, softbrick ni kurang restartnya. Dia selalunya tersangkut kat logo sahaja. Sampai esok pun akan tersangkut sbb OS xboleh nak proses. Cara nak atasinya juga sama seperti di atas.

HARDBRICK
Suatu keadaan di mana telefon anda sukar untuk dihidupkan. Kadang2 keadaannya juga hampir sama macam bootloop dan softbrick. Punca utama keadaan ini berlaku selalunya bila anda tidak menggunakan charger asal ataupun charger yg anda gunakan setiap hari mempunyai kapasiti voltage dan ampere yg berlainan dan tidak sama dengan kemahuan bateri telefon anda. Ketika ini, xbanyak cara yg boleh dibuat. Sbb kemungkinan bukan lagi sistem operasi yg bermasalah sebaliknya hardware seperti memory ic telefon tersebut yang bermasalah. Di bawah ni adalah antara teknik asas jika berdepan masalah hardbrick

1 - cabut bateri dan tekan power button 20 saat
2 - pasang semula bateri dan connect charger
3 - kalau keluar gambar bateri sedang dicas, anda cas la dulu sampai penuh. kalau xkuar gambar bateri sedang dicas, anda biarkan charger terpasang untuk lebih 10jam. ( pastikan charger yg anda guna masa proses ni adalah charger dan kabel yg original. maksudnya yg dtg masa beli phone tu )
4 - sementara menunggu bateri penuh, anda download rom untuk model phone anda tu. xkisah la rom version apa asalkan rom tersebut menggunakan flashtools sebagai alat bantuan. Sy lebih suka gunakan stock rom untuk kes sebegini.
5 - so kalau bateri dah penuh dan file rom pun dah download, anda boleh la mulakan proses flashtools anda tu. selepas proses selesai, sekiranya phone anda masih gagal dibuka, ini bermakna phone anda mempunyai masalah hardware dan perlu di bawa ke kedai untuk dibaiki

jika bateri anda gagal dicas pada langkah 3 di atas, anda perlu cuba connect phone anda ke komputer dan lihat adakah komputer anda dapat berhubung atau detect telefon anda. jika ia detect, anda boleh teruskan langkah seterusnya. jika tidak, anda perlu membawa phone anda ke kedai untuk dibaiki.


So ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Mungkin xlengkap, mungkin xpenuhi citarasa anda, mungkin xtepat, mungkin kelaut, tp sy xmarah kalau anda nak berkongsi pendapat dan tegur menegur di ruangan komen. Terima kasih kerana sudi membaca. Semuanya percuma..  :)

DALVIK VS ART IN SMARTPHONE ( BAHASA MELAYU )


TAHUKAH ANDA??
- Sebelum admin teruskan dgn tajuk di atas, suka untuk admin maklumkan bahawa artikel ini ditulis berdasarkan kajian2, hasil bacaan dan pemahaman admin sendiri. Dan artikel ini juga ditulis mengikut citarasa admin sendiri. So admin harap pembaca dapat memahami bahasa2 yg digunakan dan sedikit sebanyak dpt menimba sedikit ilmu. ( panjang plak intro.. ).. ok lah. tanpa membuang masa.. mulakan dengan Bismillah. Mudah2an mudah difahami dan diingati.

Virtual Machine ( VM )
- dalvik dan art adalah virtual machine. virtual machine ini bukanlah sesuatu yg boleh dipegang atau disentuh. Kerana ianya berada di dalam sistem operasi ( OS ) telefon kita. Dalvik digunakan lebih awal dalam dunia teknologi telefon pintar manakala Art adalah pengganti terbaru untuk Dalvik dan dikatakan mula diguna di dalam sistem operasi kit kat.

Dalvik guna konsep Just-In-Time (JIT) dan Art guna konsep Ahead-Of-Time (AOT). 
1 - Konsep Just-In-Time ( JIT )
- contohnya kita install game bola. lepas kita install, semua file dan data game bola tu akan duduk dlm phone kita kan? so bila kita nak main, kita klik la ikon game tu. Masa ni la proses Dalvik bermula. Dalvik akan kumpul semua data2 dan fail game bola tu, dia cantumkan dulu dan berhubung pula dengan ram untuk sama2 proses game tu sebelum game tu siap dan ready utk anda main. So maknanya proses Dalvik ni akan sentiasa berlaku setiap kali anda nak mulakan apa2 jua program. Wpun proses ini akan sentiasa berulang, yg bagusnya dia xganggu ruang simpanan sdcard anda. Dalvik ni cuma ganggu ram dan masa anda je.

2 - Konsep Ahead-Of-Time ( AOT )
- contohnya kita install game bola jugak. Lepas kita install, Art akan terus cantumkan siap2 segala data2 dan file berkaitan game bola tersebut. Tp dlm masa yg sama, Art akan guna ruang simpanan sdcard kita untuk simpan hasil cantuman dia tu. Sbbnya supaya bila kita nak main, kita klik je ikon game tu, dan game akan terus terbuka. So xperlu la nak tunggu mcm Dalvik tu. Maknanya proses Art hanya akan berlaku sekali sahaja selepas kita install apa2 software dlm phone kita. Tp akan guna ruang simpanan sdcard kita untuk simpan segala hasil prosesnya tu. Maknanya makin byk software yg kita install, makin cepat la kurangnya ruang sdcard kita sbb nak tampung software lagi, nak tampung hasil cantum Art lagi.

Melalui Konsep Di Atas, Rasa2 Anda Boleh Nampak Dan Faham Terus Tak ?
ya... sudah pasti anda boleh nampak serba sedikit perbezaannya. Tp ingin sy ingatkan di sini bahawa ART masih lagi dlm proses kajian. KAJIAN !! so maknanya pasti akan timbul sedikit masalah atau gangguan kerana ianya belum lagi 100% stabil. Bagi pengguna Kit kat, anda boleh cuba gunakan Art untuk cuba2 dan rasa sendiri perbezaannya. Tapi sebelum nak switch dari Dalvik Ke Art tu, cuba kurangkan dulu software2 yg sedia ada dlm phone tu dan pastikan anda ada ruang simpanan yg berlebihan. Sbbnya lepas anda switch menu dalvik ke art, anda kena restart phone. Proses restart pula akan menjadi begitu lama bergantung pada jumlah applikasi yg dah anda install dlm phone tu.Maklum la. Art perlu cantumkan dulu semua2 software yg dah anda install dlm phone tu dulu sblm anda dibenarkan untuk kembali menggunakan phone anda.

Itulah dia artikel untuk hari ni. Wpun sedikit dan pendek, yg penting admin nak pembaca paham. Ada kekurangan, bolehlah ditegur dan disapa dlm ruangan komen ye. Dan untuk makluman, anda boleh belajar dgn lebih lanjut mengenai Dalvik dan Art ni melalui carian dlm google ye. Banyak maklumat lg di luar sana menanti anda untuk dibaca. Bye..


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2014 [ PDF ]

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2014/1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 


DOWNLOAD JADUAL PENUH KE KOMPUTER ANDA [ klik sini
( extract menggunakan applikasi winrar )

PANDUAN WAKTU SOLAT SELURUH MALAYSIA [ klik sini ]

PENTINGNYA BLOG SEBAGAI PLATFORM KE-2 PERNIAGAAN

 Blog adalah salah satu platform percuma di mana kita haruslah manfaatkan sepenuhnya. Sesiapa sahaja boleh memiliki blog. Sesiapa sahaja boleh membuat blog. Terdapat banyak maklumat yang anda boleh jumpa di internet mengenai blog. Mari kita teruskan membaca mengapa saya menyediakan khidmat ini.

FUNGSI UTAMA BLOG ??
Untuk menyebarkan maklumat kepada orang lain. Anda boleh menggunakan blog sebagai kedai online anda ataupun diari anda ataupun pusat berkongsi maklumat di mana tiada sempadan yang akan menghalang anda dari menyebarkan semuanya ke seluruh dunia. Blog juga seperti kedai online anda yang beroperasi selama 24jam 7hari seminggu tanpa henti.

KELEBIHAN BLOG
Anda adalah bos, anda juga adalah pekerja. Tiada siapa yang akan memberi arahan kerana anda yang akan mengawal segalanya. 

KENAPA ANDA PERLUKAN BLOG ??
Jika Anda Seorang Peniaga - Blog telah terbukti mampu menjana reputasi terbaik dalam proses promosi pengiklanan anda selain daripada platform Facebook atau Twitter. Rangkaian jaringan blog tidak terhad dalam sesuatu negara sahaja kerana ianya tidak bersempadan. Ramai peniaga di luar sana mampu mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan menggunakan pelbagai platform dan salah satunya adalah blog. 

Jika Anda Suka Berkongsi Maklumat - Blog bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda berkongsi maklumat seperti berita, hiburan, gosip, tips2, resepi dan apa jua cerita, sebaliknya blog yang baik dan popular juga  mampu memberikan anda wang tanpa anda sedari. Banyak tips2 dan info2 menarik tentang kepentingan dan keseronokan blog yang anda boleh cari di internet.

KENAPA PERLU UPAH ORANG UNTUK BUAT BLOG ??
Dalam zaman penuh kesibukan mencari sumber pendapatan, tidak ramai yang berkesempatan untuk mempelajari teknik2 membuat blog. Mereka lebih cenderung untuk membuat sedikit pelaburan kecil untuk mengupah pembina blog daripada mempelajari cara2 membuat blog. Sememangnya mereka tidak harus dipersalahkan kerana mereka sepatutnya lebih memberi fokus kepada jualan dan mendapatkan keuntungan. 

PERADUAN LAGI LAGI BOLA



BELI ATAU SERVIS KERETA PERODUA ANDA. TEMPOH PERADUAN 2 MEI - 15 JULAI

BLOGGER MEMPERKENALKAN WAJAH BARU TEMPLATE HTML EDITOR

Kesian kesian untuk diri sendiri. Dah sekian lama berblog, baru je tau info pasal ni. Berita ni dah lama dah pun rupanya. Thanks kepada team problogger untuk keterangan ringkas..


Yesterday blogger officials added a new functions in blogger platform. Blogger developers has introduced a New Html Editor for blogger users to customize the template without getting errors. Google works continuously on blogger dashboard to upgrade more and more additional features. Blogger platform brings so many additional features in 2013. You might have observed that few days ago Blogger developers have developed a Wikipedia Search Box widget for Blogger. Blogger platform gain popularity day and days because of such amazing features and has owned by Google. There are millions of people using blogger platform because of so many additional features and has free web hosting.


What Is Blogger Template Html Editor ?
Being a blogger user we have practiced so many times and have been aware all of the old features exists in Blogger dashboard. Actually there are two html editors appearing in blogger dashboard one is specially for writing the new post and the other one is for editing the template. Previously whenever we goes to edit the template it will only gives us limited options for editing. like expand widget. But now there are certain option available in new blogger template html editors. This editors provides us some major options for customization the blogger template.


Whats New In Blogger New Editor Html ?
When we click on editor html Template it will show the interface with amazing tools for customization the blogger templates.In this new editors bloggers included some majorprogramming techniques like numbering lines, Syntax Errors Highlighted and many mores. Its new features seeing in the illustrative shots give below.

New Html Editor Interface In Blogger

Closing Tags Error Highlighted Alert

Widget Menu Inside Editor


Where Is Expand Widget Option In New Editor ?
Actually there will be no more expand widget option available in new template html editor. Now expand widget will work same on format template option. Now we have some basics tools inside editors such as Save template, Jump to widget, Edit template, Preview template, Revert change, Save template and Revert template to default.

CARA MUDAH CARI TAGS DAN CODES DALAM BLOGGER EDITOR YANG TERBARU

Hari ni baru ku tahu blog html editor dah berubah wajah. nampak lebih kemas, tersusun dan teratur tp susah pulak nak cari kod atau tag. Sebelum ni, kita guna ctrl + f utk keluarkan searchbox kan? Pastu just taip kod atau tags yg kita nak cari kan? sekarang ni dah jadi susah. So setelah di google berita2 terkini pasal platform blogger ni, akhirnya jumpa la satu tutorial yg sangat membantu dlm proses mencari kod dan tag utk wajah baru blogger editor ni. So sy share la sikit2. Mana la tau masih ramai blogger yg sedang mencari.

Ini ringkasan tutorial :
1 - Pergi Blogger Dashboard
2 - Masuk Ke Bahagian Template
3 - Klik Html Editor
4 - Pastu Copy Semua Kod2 Dalam Editor ( guna ctrl + A )
5 - Pastekan Di Notepad Atau Wordpad
6 - Lepas Tu Guna La ( ctrl + f ) Untuk Cari Kod Atau Tag Yang Anda Inginkan
7 - Lepas Jumpa Kod Yang Anda Cari, Tumpukan Pada ID Barisan Tersebut
8 - Masuk Semula Ke Blogger Editor Tadi Dan Guna ctrl + f Untuk Cari ID Tersebut

Lebih Mudah Kan?? Kat Bawah Ni Ada Gambaran Untuk Membantu Anda











































Sekian sahaja tips dan trick dari saya. Mmg sangat membantu diri saya sendiri. Harap membantu juga untuk anda semua. Teruskan belajar.

JADUAL PERLAWANAN DAN INFO LIGA MALAYSIA 2014

LIGA MALAYSIA 2014
















TOP XPOSED FRAMEWORK MODULES 2014



Nak Mantapkan Prestasi Android Phone Anda? Nak Cantikkan Penampilan Sistem Dalaman Android Anda?? Jika Anda Berminat, Sila Teruskan Membaca Artikel Di Bawah. AWAS !! Perkara Ini Berisiko !!

Apa itu Xposed framework? Ia adalah sejenis software. Secara ringkasnya, software ini memberikan anda laluan untuk memasukkan modul2 di mana modul ini digunakan untuk kerja2 mengubahsuai ROM di android anda. Jika ia berfungsi untuk kerja2 pengubahsuaian, jadi anda seharusnya mempunyai basic tentang android juga. Antara syarat utamanya, phone anda haruslah di root dahulu.

Untuk tutorial install xposed framework, sila klik di sini

Untuk melihat senarai penuh modules, sila klik di sini

Untuk bacaan santai top 10 modules, sila klik di sini atau di sini

Jika Artikel Ini Bermanfaat, Sila Like Page Fb Saya : CTS COMPUTER KUANTAN