NOKIA AKAN DILENGKAPI DENGAN SNAPDRAGON 800

Laman web TechTastic menjangkakan telefon pintar Windows Phone yang dilengkapi SoC Snapdragon 800 akan muncul tidak lama lagi setelah ia menjumpai sebuah peranti yang dipercayai sebuah telefon pintar Lumia dengan cip Snapdragon S4 MSM8974. Laman web itu telah mengkaji laman-laman web pembangun yang menyenaraikan peranti yang dilengkapi SoC itu

Laman web itu juga mendakwa Nokia hanya menyenaraikan perkakasan yang sedang digunakannya sekali gus membuktikan Lumia dengan SoC Snapdragon 800 bukan setakat khabar angin.

Dalam bulan April, Qualcomm mengumumkan SoC tersebut akan menjalani pengeluaran besar-besaran pada bulan Mei, memungkinkan kemunculan banyakk lagi peranti dalam masa terdekat. Setakat ini peranti yang disahkan menggunakan cip MSM8974 adalah Samsung Galaxy S4 dan peranti Samsung Galaxy Note 3 yang dibocorkan baru-baru ini.

SoC Snapdragon 800 menyokong pemprosesan quad core pada kelajuan 2.3GHz dan grafik Adreno 330 dan juga kemungkinan menyokong paparan 4K.

Sebelum ini terdapat khabar mengenai sebuah telefon pintar Nokia dengan pemproses quad core, namun dalam maklumat yang dibocorkan itu didedahkan bahawa ia dilengkapi grafik Adreno 305 dan resolusi 720 x 1080.

Mungkinkah ini telefon pintar yang disebut itu? Atau adakah spesifikasi yang dibocorkan itu salah? Apa pun, berita yang lebih jelas mengenainya dijangka akan diperolehi tidak lama lagi apabila Nokia mengumumkannya.

0 comments :

Post a Comment