PENTINGNYA BLOG SEBAGAI PLATFORM KE-2 PERNIAGAAN

 Blog adalah salah satu platform percuma di mana kita haruslah manfaatkan sepenuhnya. Sesiapa sahaja boleh memiliki blog. Sesiapa sahaja boleh membuat blog. Terdapat banyak maklumat yang anda boleh jumpa di internet mengenai blog. Mari kita teruskan membaca mengapa saya menyediakan khidmat ini.

FUNGSI UTAMA BLOG ??
Untuk menyebarkan maklumat kepada orang lain. Anda boleh menggunakan blog sebagai kedai online anda ataupun diari anda ataupun pusat berkongsi maklumat di mana tiada sempadan yang akan menghalang anda dari menyebarkan semuanya ke seluruh dunia. Blog juga seperti kedai online anda yang beroperasi selama 24jam 7hari seminggu tanpa henti.

KELEBIHAN BLOG
Anda adalah bos, anda juga adalah pekerja. Tiada siapa yang akan memberi arahan kerana anda yang akan mengawal segalanya. 

KENAPA ANDA PERLUKAN BLOG ??
Jika Anda Seorang Peniaga - Blog telah terbukti mampu menjana reputasi terbaik dalam proses promosi pengiklanan anda selain daripada platform Facebook atau Twitter. Rangkaian jaringan blog tidak terhad dalam sesuatu negara sahaja kerana ianya tidak bersempadan. Ramai peniaga di luar sana mampu mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan menggunakan pelbagai platform dan salah satunya adalah blog. 

Jika Anda Suka Berkongsi Maklumat - Blog bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda berkongsi maklumat seperti berita, hiburan, gosip, tips2, resepi dan apa jua cerita, sebaliknya blog yang baik dan popular juga  mampu memberikan anda wang tanpa anda sedari. Banyak tips2 dan info2 menarik tentang kepentingan dan keseronokan blog yang anda boleh cari di internet.

KENAPA PERLU UPAH ORANG UNTUK BUAT BLOG ??
Dalam zaman penuh kesibukan mencari sumber pendapatan, tidak ramai yang berkesempatan untuk mempelajari teknik2 membuat blog. Mereka lebih cenderung untuk membuat sedikit pelaburan kecil untuk mengupah pembina blog daripada mempelajari cara2 membuat blog. Sememangnya mereka tidak harus dipersalahkan kerana mereka sepatutnya lebih memberi fokus kepada jualan dan mendapatkan keuntungan. 

0 comments :

Post a Comment