DALVIK VS ART IN SMARTPHONE ( BAHASA MELAYU )


TAHUKAH ANDA??
- Sebelum admin teruskan dgn tajuk di atas, suka untuk admin maklumkan bahawa artikel ini ditulis berdasarkan kajian2, hasil bacaan dan pemahaman admin sendiri. Dan artikel ini juga ditulis mengikut citarasa admin sendiri. So admin harap pembaca dapat memahami bahasa2 yg digunakan dan sedikit sebanyak dpt menimba sedikit ilmu. ( panjang plak intro.. ).. ok lah. tanpa membuang masa.. mulakan dengan Bismillah. Mudah2an mudah difahami dan diingati.

Virtual Machine ( VM )
- dalvik dan art adalah virtual machine. virtual machine ini bukanlah sesuatu yg boleh dipegang atau disentuh. Kerana ianya berada di dalam sistem operasi ( OS ) telefon kita. Dalvik digunakan lebih awal dalam dunia teknologi telefon pintar manakala Art adalah pengganti terbaru untuk Dalvik dan dikatakan mula diguna di dalam sistem operasi kit kat.

Dalvik guna konsep Just-In-Time (JIT) dan Art guna konsep Ahead-Of-Time (AOT). 
1 - Konsep Just-In-Time ( JIT )
- contohnya kita install game bola. lepas kita install, semua file dan data game bola tu akan duduk dlm phone kita kan? so bila kita nak main, kita klik la ikon game tu. Masa ni la proses Dalvik bermula. Dalvik akan kumpul semua data2 dan fail game bola tu, dia cantumkan dulu dan berhubung pula dengan ram untuk sama2 proses game tu sebelum game tu siap dan ready utk anda main. So maknanya proses Dalvik ni akan sentiasa berlaku setiap kali anda nak mulakan apa2 jua program. Wpun proses ini akan sentiasa berulang, yg bagusnya dia xganggu ruang simpanan sdcard anda. Dalvik ni cuma ganggu ram dan masa anda je.

2 - Konsep Ahead-Of-Time ( AOT )
- contohnya kita install game bola jugak. Lepas kita install, Art akan terus cantumkan siap2 segala data2 dan file berkaitan game bola tersebut. Tp dlm masa yg sama, Art akan guna ruang simpanan sdcard kita untuk simpan hasil cantuman dia tu. Sbbnya supaya bila kita nak main, kita klik je ikon game tu, dan game akan terus terbuka. So xperlu la nak tunggu mcm Dalvik tu. Maknanya proses Art hanya akan berlaku sekali sahaja selepas kita install apa2 software dlm phone kita. Tp akan guna ruang simpanan sdcard kita untuk simpan segala hasil prosesnya tu. Maknanya makin byk software yg kita install, makin cepat la kurangnya ruang sdcard kita sbb nak tampung software lagi, nak tampung hasil cantum Art lagi.

Melalui Konsep Di Atas, Rasa2 Anda Boleh Nampak Dan Faham Terus Tak ?
ya... sudah pasti anda boleh nampak serba sedikit perbezaannya. Tp ingin sy ingatkan di sini bahawa ART masih lagi dlm proses kajian. KAJIAN !! so maknanya pasti akan timbul sedikit masalah atau gangguan kerana ianya belum lagi 100% stabil. Bagi pengguna Kit kat, anda boleh cuba gunakan Art untuk cuba2 dan rasa sendiri perbezaannya. Tapi sebelum nak switch dari Dalvik Ke Art tu, cuba kurangkan dulu software2 yg sedia ada dlm phone tu dan pastikan anda ada ruang simpanan yg berlebihan. Sbbnya lepas anda switch menu dalvik ke art, anda kena restart phone. Proses restart pula akan menjadi begitu lama bergantung pada jumlah applikasi yg dah anda install dlm phone tu.Maklum la. Art perlu cantumkan dulu semua2 software yg dah anda install dlm phone tu dulu sblm anda dibenarkan untuk kembali menggunakan phone anda.

Itulah dia artikel untuk hari ni. Wpun sedikit dan pendek, yg penting admin nak pembaca paham. Ada kekurangan, bolehlah ditegur dan disapa dlm ruangan komen ye. Dan untuk makluman, anda boleh belajar dgn lebih lanjut mengenai Dalvik dan Art ni melalui carian dlm google ye. Banyak maklumat lg di luar sana menanti anda untuk dibaca. Bye..


0 comments :

Post a Comment