DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE GUNA OPERA

Nak dijadikan cerita, masa kat open house raya semalam, ada la sorg member aku ni bertanyakan cara mudah nak download video dari youtube. Aku xsangka soalan ni kuar dari mulut dia sbb dia ni mmg mahir bab2 android ni. Katanya byk software utk download file dari youtube memberatkan kelancaran phone dia dan terlalu byk iklan yg tiba2 keluar kat screen. Aku pun ckp kat dia, nak download2 ni mmg la kena guna software. Dan aku guna software browser opera mini je. Jadi, aku pun share lah cara aku download video dari youtube yg dah dekat 1 tahun aku guna utk download upin ipin untuk anak aku ni. Kalau korang nak try pun boleh. Ataupun kalau korang ada software2 yg boleh mudahkan kita nak download dari youtube, share2 la ye kat ruangan komen. So kat bawah ni tutorial yg aku ajar member aku semalam.

PENTING !!
Perkara pertama, kena pastikan connection anda xslow mcm siput. Kalau dpt guna wifi, lg la bagus. Tp kalau anda hanya gunakan data plan, pastikan la connection xputus2 ye. Tutorial ni nampak panjang sbb sy sertakan gambar. Lepas anda cuba sekali, baru anda akan tau betapa senang dan pendeknya tutorial ni.


1 - Buka Playstore dan download browser " OPERA MINI "
opera mini













2 - Buka opera mini dan taip " youtube.com " kat ruang address. Kemudian enter ( tgk gmbr bwh )

















3 - Tekan logo kanta dan taip video apa yg anda nak dan tekan enter ( tgk gmbr bwh )


















4 - Pilih video yg anda nak. Kalau xjumpa, search la lagi smpai anda jumpa. Bila dah jumpa, klik la video tu seolah2 anda nak tonton ( sy mmg tonton dulu untuk beberapa saat utk pastikan video sy nak tu ada audio )



































5 - Ok. Di sini tekniknya bermula. Senang je. Gantikan m.youtube kepada ssyoutube. xpayah ganti semua. Hanya huruf M dan TITIK je. Pastu tekan enter ( tgk gmbr bwh )


















6 - Anda akan dibawa ke satu laman lain. Skrg just swipe skit screen tu ke kiri supaya anda nampak menu pilihan di sebelah kanan. ( sy xswipe pun. sy just kecikkan skrin guna dua jari je )


















7 - Jumpa kan menu pilihan? kadang2 ada button " more " bwh pilihan tersebut kalau anda guna phone skrin kecil. So anda klik je mana2 pilihan yg ada. ( sy suka pilih file mp4 ). Secara automatik file akan dimuat turun kalau line anda laju. Kalau line slowm tggu je la kejap ye. Mmg dia akan automatik


















8 - So tggu je lah smpai abis download. Serius lg cepat abis download kalau anda guna wifi.


















Alhamdulillah... Selesai juga buat tutorial. Harap2 ianya sangat membantu. Sy minta maaf sbb xshare tutorial ni dari awal sbb sy sangkakan semua org dah tau. Kalau anda ada pendapat dan cara lain yg lebih mudah, sila la share kat ruangan komen ye. Sebagai tanda penghargaan sy buat tutorial ni, anda boleh la klik " like " fb page saya. Link kat bawah. Terima kasih pada yg " LIKE "

Ni page fb kedai komputer saya : CTS COMPUTER KUANTAN
Ni page fb kedai petshop saya : TULUS JUHA PETSHOP

tags : download upin ipin , download video youtube dengan mudah , upin ipin , lenovo

5 comments :

  1. Wahhh thank for tutorial..sangat berguna ni

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya something la saya tak dapat on opera mini di fon Lenovo saya la, setiap kali nak on mesti akan keluar "unable to connect to the internet, please check your setting

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak sudi bg ilmu...sgt berguna

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak save video yg sy dw dr opera masuk ke galery phone ye?

    ReplyDelete