CARA JIMAT BATERI SMARTPHONE ( tested on Lenovo and Samsung )

Masih ramai di luar sana yang masih baru berkecimpung dalam dunia android. Jadi xrugi rasanya kalau saya berkongsi tips2 untuk jimatkan bateri kerana sebelum ni pasti anda semua menggunakan telefon biasa di mana bateri mampu bertahan sehingga 5 - 6 hari kan? Tapi sejak guna phone android, bateri cepat sgt habis kan? Sampai terpaksa bercinta dengan kabel charger tu pulak. So hari ni sy nak cerita2 dan kongsi2 serba sedikit tentang punca dan cara penyelesaian terhadap masalah ini. Tapi harus diingat, kalau kapasiti bateri mmg kecil, mustahil juga utk bertahan lebih dari sehari. Sbb tu model2 yang guna bateri kapasiti kecil hanya menggunakan sistem android ice cream sandwich atau gingerbread atau froyo atau honeycomb kerana os ini lebih ringan dan tidak berat seperti jelly bean dan kit kat.

Kenapa Bateri Cepat Habis? ( punca paling popular )
1 - Phone yg anda beli menggunakan bateri yang berkapasiti saiz simpanan yang kecil contohnya 1000mah / 1200mah / 1500mah
2 - Penggunaan kabel dan charger dari model yg berlainan semasa mengecas.
3 - Terlalu banyak install software yg akhirnya jarang anda gunakan
4 - Wifi / Data / Bluetooth / Gps yang sentiasa dinyalakan
5 - Penggunaan launcher berlainan dari yang asal
6 - Menggunakan live wallpaper dan live theme

Macam Mana Nak Jimatkan Bateri ?
1 - Beli lah phone yang mempunya kapasiti bateri yang lebih tinggi contohnya 2500mah / 3000mah
2 - Kalau nak cas phone, gunakan kabel dan charger yang dtg bersama phone tersebut
3 - Hanya install software yg mmg anda selalu gunakan
4 - Pastikan Wifi / Data / Bluetooth / Gps digunakan di waktu yg diperlukan sahaja
5 - Jika gunakan launcher berlainan, pastikan anda setting launcher tersebut dahulu
6 - Gunakan wallpaper biasa ( statik image )

Tips Mudah Dan Simple
1 - Set signal simkad anda kepada 2g berbanding 3g/4g jika anda tidak menggunakan data (sgt berkesan)
2 - Matikan fungsi bluetooth dan gps jika tidak digunakan
3 - Set fungsi brighteness anda kepada AUTO
4 - Setiap software yang anda install, masuk settingnya, matikan fungsi auto updatenya (penting)
5 - Gunakan software battery saver ( dari playstore ) dan pilih " saving mode " (xbest pun software gini)
6 - Kalau berada di kawasan yang xde line, switch phone ke mode airplane
7 - Matikan segala vibration kecuali hanya utk terima panggilan (sgt membantu)
8 - Setting segala notification seperti whatsapp dan facebook ( matikan group noti ) (sgt membantu)
9 - Matikan telefon anda sewaktu anda tido (sy set phone mati jam 1am dan hidup semula pd 6am)

Nak Tahu Rahsia Utama Saya??
1 - sy pengguna wifi. jadi sy set signal sim saya kepada 2g
2 - kurangkan guna bluetooth
3 - matikan vibrate
4 - sy akan masuk setting setiap software yg saya install dan matikan fungsi auto update
5 - off telefon waktu tido
6 - Calibrate battery ( SGT SGT SGT BERKESAN ) tp phone tu mestilah dah root. Saya akan calibrate phone sy setiap kali sy flash rom baru. Mudah dan hanya sekali sahaja. Tp phone tu mmg wajib dah root la.

CALIBRATE BATERI - PHONE WAJIB DAH ROOT

1 - Download Software Battery Calibration Tersebut Dari Playstore Atau Klik Sini


2 - Cas Phone Sehingga 100% Dahulu. Kemudian Jalankan Software Tersebut
3 -  Klik Menu " Battery Calibration "
4 - Prosesnya Sekejap Sahaja. Dah Siap, Anda Boleh Uninstall Semula Software Tersebut.

TAK PERCAYA?? BUAT DULU DAN RASAKAN PERBEZAANNYA





10 comments :

Post a Comment