CARA INSTALL WHATSAPP+ ( whatsapp plus )


Hai semua. Pernah dengar tentang whatsapp plus? Dari hasil pembacaan aku, whatsapp plus ni ada juga kelebihannya berbanding whatsapp biasa. Antaranya :
1 - had perkongsian fail lebih besar
2 - boleh kongsi gambar dgn saiz dan kualiti sebenar
3 - boleh ubah2 warna background chat, bar atas dan lain2
Senang cerita, anda cuba lah sendiri. Baru anda tau perbezaannya kan?? Semoga berjaya.

TUTORIAL INI DIHASILKAN MENGIKUT CARA INSTALL KE ATAS PHONE SAYA SENDIRI.. SUDAH DICUBA KE ATAS LENOVO A880 ROM 027.

STEP 1 - Install dulu whatsapp biasa kat phone anda. Kalau belum ada, klik sini. Tapi kalau dah ada whatsapp, boleh terus lompat ke STEP 4

STEP 2 - Aktifkan atau habiskan proses install whatsapp tu seperti biasa. ( masuk no phone bla bla )

STEP 3 - Dah siap install, msg la sapa2 pun wpun hanya perkataan " hai "

STEP 4 - Lepas tu masuk "setting" ( seperti gambar di bawah )


















STEP 5 - Masuk pula "chat setting" dan klik " backup conversation" ( seperti gambar di bawah )

















STEP 6 - Lepas siap backup, anda boleh la buang whatsapp anda tu. Caranya : setting > apps > whatsapp > clear cache > clear data > uninstall

STEP 7 - Download whatsapp plus. Klik sini. Lepas abis download tu install macam biasa juga.






















STEP 8 - Lepas proses masuk no phone, secara automatik akan keluar menu box seperti di bawah. so klik je button restore tu.


































Akhirnya proses selesai. Tahniah. Anda kini boleh menikmati Whatsapp+ anda. Senang kan?? Maaf di atas sebarang kekurangan dan kesilapan bahasa. Sila berikan pendapat atau cadangan anda di ruangan komen.

Bagi yg menghadapi masalah "an existing package by the same name with a conflicting signature is already installed", tu maknanya masih terdapat sisa dan saki baki whatsapp lama anda di dalam sistem telefon anda. Masalah ini hanya boleh diselesaikan jika anda dah ROOT phone tu. Jika takut nak root, maka anda terpaksalah lupakan keinginan anda nak guna whatsapp plus  :)

Jika dah root :
1 - Install Root Browser ( dari playstore ).
2 - Dengan mengunakan Root Browser, anda cari folder - system/vendor/operator/app - dan lihat jika ada   software whatsapp.apk di dalamnya. Sila delete jika ada.
3 - Kemudian copy software whatsapp plus yg anda download td ke dalam folder ini dan tekan lama atas whatsapp plus tu hingga keluar menu. Set permission. (owner read write - group read - others read )
4 - Reboot phone dan install semula whatsapp plus

144 comments :

Post a Comment