TANGGA GAJI PDRM DAN ATM


Sumber dari Berita Harian

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:

Konstabel (N17)
P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46

Lans Koperal (N22)
P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02

Koperal (N26)
P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70

Sarjan (N29) (lantikan)
RM1,710.39 - RM4,335.62.


Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013
  1. Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  2. Gred jawatan dan gaji Koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  3. Gred jawatan dan gaji Sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
  4. Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam 
  5. Gred jawatan dan gaji Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  6. Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

0 comments :

Post a Comment