BROWSER TERPANTAS 2013 ATASI FIREFOX DAN CHROME


Lunascape adalah web browser yang memakai KETIGA-TIGA enjin dari web browser utama iaitu Internet Explorer, Google Chrome, dan Mozilla Firefox..

Lunascape = IE (Trident)+Firefox (Gecko)+Chrome Safari (Webkit)

Ini bermakna, ia juga menyokong ketiga-tiga add on dari web browser yang telah dipasang pada PC anda. Pendek kata ia adalah web browser Universal Add-On!
Kalau anda rasakan Mozilla Firefox begitu User Friendly, Google Chrome Begitu pantas sekali, dan Internet Explorer memudahkan kerja-kerja pejabat anda,
maka Lunascape lebih lagi!
Add-On dari Mozilla Firefox dapat dipakai dengan cemerlang tanpa masalah..
selain itu, apabila anda menemukan sebuah laman yang tidak dapat dibuka dengan baik oleh Lunascape, anda hanya perlu menukar enjinnya sahaja!

Lunascape telah diuji untuk membuka 100 tab pada satu masa (serentak) dan terbukti ia tidak mengalami masalah sedikit pun..ia juga menyokong pemasangan pada Windows 7..dengan tiga enjin dari web browser ternama lagi tersohor itu, maka anda tidak perlu lagi menukar-nukar web browser untuk capaian laman yang lebih baik..hanya tukarkan enjin, dan anda sudah pun diibaratkan sedang memakai 'web browser' tersebut..contohnya apabila anda memakai enjin Trident, anda ibarat sedang membuka Internet Explorer..apabila anda tukar (switch) kepada Gecko, anda sudahpun menukar ia kepada Mozilla Firefox..begitu juga apabila anda menukar ia kepada Webkit, ibarat anda sedang melayari internet dengan menggunakan Google Chrome..ya..begitulah perumpamaan untuk kebolehan Lunascape..

Lunascape juga mempunyai kebolehan dari Google Chrome iaitu 'Inspect' yang sekiranya anda periksa pada Google Chrome, ianya adalah 'Inspect Element'..aplikasi yang sama, nama sahaja berbeza..ia digunakan untuk melihat kod yang digunakan pada sesebuah blog atau laman web..

Ia juga menyokong pemasangan secara mudah alih (portable) iaitu ia boleh dipasangkan pada pendrive anda.

Lunascape bukan sekadar memakai 3 ENJIN UTAMA sahaja, tetapi yang pasti ia LEBIH PANTAS BERBANDING WEB BROWSER YANG ASAL..

jadi kenapa perlu memasang tiga web browser sedangkan anda hanya perlu memasang SATU sahaja pada PC anda? saiznya setelah dipasang juga tidak begitu besar berbanding Google Chrome iaitu cuma 122MB sahaja (Google Chrome 146MB)..

Untuk mencuba perisian web browser ini, anda boleh memuat turunnya di Lunascape
Admin telah mencuba untuk membuka laman Youtube dengan keadaan internet di pejabat yang terlalu lambat dan hasilnya sangat memuaskan..buffering yang diperlukan oleh Lunascape lebih pantas dari Maxthon 3.0..

Jangan ragu2 untuk mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang pantas dan menjimatkan masa loading anda. Cuba sekarang. Jangan lupa komen lepas baca ok!

0 comments :

Post a Comment