KONSERT GEGAR WINGS



Kumpulan rock Wings tidak perlu diperkenalkan lagi, mereka merupakan salah satu group rock otai paling lama bertahan di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup teguh lagi unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live. Satu pencapaian yang sukar untuk digugat lagi.
Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita.WINGS akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Istana Budaya

Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos.

Selama 28 tahun terbang di ruang muzik rock Malaysia, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti kumpulan Wings. Sudah banyak kejayaan dikecapi termasuklah mencipta rekod penjualan tiket paling laris di Istana Budaya semasa Konsert Opera Hidup dua tahun lalu. Kembalinya Wings dengan sayapnya yang semakin lebar dan utuh di Istana Budaya dalam rangka pengembaraan Konsert Wings Rockestra 2013 pastinya bikin hati peminatnya tak mahu duduk diam dan keterujaan semakin memuncak.

Menjanjikan lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan depan khalayak di samping kelainan dari segi susunan muzik yang cukup eksklusif bila mana bergabung dengan para pemuzik handalan dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan kejutan untuk peminat di mana bakal menerbangkan seorang legenda rock dari Indonesia, bakal diabadikan di kotak minda peminat setia Wings.

Yeah! Awie, Joe, Eddie dan Black bakal menggegarkan sekali lagi Istana Budaya dengan lagu-lagu hit mereka! 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang dan tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.
Nama Konsert: Wings Rockestra 2013
Tarikh: 26, 27, 28 dan 30 April 2013
Durasi: 2 jam 30 minit
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Artis Utama: Wings
Orkestra Iringan: Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Encik Mustafa Fuzer
Anjuran: Anggerik Event Sdn Bhd

Info Tiket: www.ticket2U.com

0 comments :

Post a Comment