MINUMAN KESIHATAN PALING TOP 2013

MEAL SHAKES - PRODUK KELUARAN SYARIKAT SHAKLEE



Ini antara point2 yang dapat admin copy. Admin tgh cuba jugak ( demi kesihatan )
  • Merupakan nutrisi lengkap, yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal nutrisi kepada seluruh tubuh, dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Anti-oksida, yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan seri wajah
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
  • Lazat dinikmati oleh semua peringkat usia..
 
Anda Boleh Dapatkan Produk Ini Di Sini :  

PROMOSI PINJAMAN BANK RAKYAT APRIL 2013

INFO UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Promosi Pembiayaan Peribadi ASLAH MEGA BLAST ( klik sini )
Kadar tetap 3.90%.
Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Promosi terhad sehingga 30 April 2013.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-88-12265

ps : Saya Bukan Ejen Bank Rakyat

SENAMAN UNTUK BATIN LELAKI ( 18PL )

SENAMAN PALING TOP DIGUNAKAN DALAM TERAPI KESIHATAN LELAKI

Senaman harimau bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah.
 
Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.
 
 
 
 


Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.





Rentak Urutan

1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar

Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.





Tarik Sepadan

1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.





Rentak Lentang

1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal

Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.




Tepis Jengking

1. Duduk bersila

2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas

Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.






Matahari Naik

1. Duduk bersila dan tegakkan belakang

2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas

Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.





Lenjang Gajah

1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.
 
 



Cakar Harimau

1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

BLOGGER TELAH MENAIKTARAF TEMPLATE HTML EDITOR

BERITA YANG PERLU SEMUA BLOGGER BACA ( klik sini )

Terdapat beberapa perubahan dan update dalam sistem blog di mana ia direka semula untuk membantu memudahkan para pengguna blog. Tapi admin rasa mcm tak best je plak. Hahaha.. Sila la baca news ikut link kat atas ok




CARA MUDAH FAHAM FUNGSI BLOG

Assalamualaikum rakan2 blogger. Hari ni Admin nak kongsi skit fungsi2 dalam blogger nie ( terutamanya newbie blogger ). Harap2 entry ni dapat membantu anda untuk lebih mudah mengendalikan blog. Walaupun tak selengkap mana, tapi admin rasa entry ni adalah antara yang perlu blogger2 baru perlu tahu. Teruskan membaca ok :)

GAMBARAN 1 



GAMBARAN 2

NO 1 - UNTUK LIHAT / EDIT / VIEW URL / LETAK LABEL / SENARAI POST / ARTIKEL 

NO 2 - UNTUK LIHAT / EDIT / VIEW URL / SENARAI PAGES 

NO 3 - UNTUK LIHAT / EDIT / SENARAI KOMEN BLOG

NO 4 - UNTUK UBAH KEDUDUKAN / TAMBAH / EDIT WIDGET

NO 5 - UNTUK TUKAR / EDIT TEMPLATE DAN HTML / CSS

NO 6 - UNTUK UPDATE INFO / DESCRIPTION / META TAG / ROBOT DAN PELBAGAI

PS : Sila tinggalkan pertanyaan atau apa jua soalan di ruangan komen ok. Selagi terdaya jawab, admin akan cuba jawab :)

CARA BUAT BLOG DENGAN MUDAH


Mesti ramai lagi kat luar sana yang baru nak buat blog kan?? tak kira la untuk personal atau bisnes, blog ni mmg tempat yang best untuk digunakan sbb ia mmg membantu dalam memperkenalkan diri kita atau bisnes kita. Yang paling penting, is disenaraikan dalam Google Search. Yang paling best, ia free.

IKUT STEP DI BAWAH :

STEP 1   :   REGISTER AKAUN GMAIL ( klik sini )

STEP 2   :   IKUT ARAHAN BUAT BLOG ( klik sini )

Mudah je kan ?? Entry seterusnya nanti admin akan tunjukkan cara penggunaan blog. Admin akan cuba buat entry yang mudah untuk anda faham dan ikut. Selamat Berjaya ..!~




SENARAI TELEFON REBAT RM200 PAKEJ PREPAID

Sila layari laman SKMM untuk membuat pendaftaran ( klik sini )

Pilih senarai telefon yang telah disediakan mengikut vendor di bawah :


  1. CELCOM
  2. MAXIS
  3. DIGI
Gunakan faedah ini sebaik-baiknya. Bukan mudah nak dapat rebat sampai RM200 kan ??

CONTEST KHAS UNTUK BLOGGER

Berita baik untuk para2 blogger tak kira lama atau baru. Peluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM100 dengan menyertai peraduan mudah di blog sahabat kita. Jangan malu2 atau malas untuk mencuba kerana peraduan juga adalah salah satu teknik untuk menaikkan traffic blog / web anda.

Untuk Menyertai Peraduan, Sila Layari Laman Berikut : Peraduan Menang RM100

CARA PIKAT HATI ISTERI



1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu..

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan..

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah. 68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."

PS : PANJANGNYERRRRrrrrrr

SUMBER : COPY PASTE

PUNCA MASALAH AIR DI KUANTAN

GANGGUAN: DARI 06.04.2013 HINGGA 09.04.2013 
PUNCA: KEROSAKAN PAM AIR MENTAH DI RUMAH PAM KOBAT DAN KERJA PEMBAIKAN SEDANG DIJALANKAN. PENGGUNA² DI KAWASAN TERLIBAT AKAN MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR SEPERTI TEKANAN RENDAH , AIR PERLAHAN DAN PUTUS BEKALAN.

KAWASAN: 

1. SELURUH KAW. JLN KUANTAN BY PASS DARI LAPANGAN TERBANG SEHINGGA SELURUH KAW. INDERA MAHKOTA TERMASUK PANDAN, PERMATANG BADAK DAN BUKIT RANGIN. 

2. SELURUH KAW. JLN GAMBANG DARI KEMUNTING SEHINGGA SIMPANG GAMBANG TERMASUK TANAH PUTIH, BATU 3, SG ISAP, TMN TAS, SERI MAHKOTA, JAYA GADING, SRI DAMAI, KEM BATU 10, SRI FAJAR DAN SEHINGGA UMP. 

3. SELURUH JLN SG LEMBING DARI INDERA MAHKOTA SEHINGGA BUKIT BAKONG TERMASUK KG PADANG, TMN IMPIAN, BUKIT KUIN DAN BATU SAWAR. 

4. SELURUH KAW. GALING, AIR PUTIH, BUKIT SEKILAU, JLN HJ AHMAD DAN SEBAHAGIAN KAW. BUKIT UBI DAN JLN LIM HOE LEK. 

5. SELURUH JLN PEKAN SEHINGGA KG UBAI TERMASUK INDERAPURA, INDERASEMPURNA TANJUNG LUMPUR, PERAMU, SG SOI, BERJAYA PERMAI, PANTAI SEPAT DAN SEKITAR.

Sumber : PAIP


SENAMAN PAYUDARA " NO 8 PALING BEST "



1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.

2. Jauhi pembedahan
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.



3. Kesihatan payudara
Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :


Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

4. Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.



5. Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.



6. Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.



7. Penyusuan
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.


8. Jangan ramas payudara anda
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.

AIS AIR PAIP VS AIS AIR MASAK

CARA MUDAH UNTUK KENALI AIS YANG SIHAT 



Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

hEHEHEhe   :)

PERADUAN DUTCH LADY APRIL 2013


Jika si kecil lahir pada bulan April dan berumur lebih daripada 1 tahun, kongsilah gambar mereka di laman Facebook kami untuk peluang muncul dalam cover photo Dutch Lady! =)

Jangan tunggu lama, peluang ini hanya terhad kepada 15 gambar yang pertama dan gambar perlulah dihantar sebelum 21 April. Jangan lupa tulis kapsyen “Dutch Lady April Kid” pada gambar anda!

  1. log in ke facebook
  2. layari Dutch Lady Fan Page 

KONSERT GEGAR WINGS



Kumpulan rock Wings tidak perlu diperkenalkan lagi, mereka merupakan salah satu group rock otai paling lama bertahan di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup teguh lagi unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live. Satu pencapaian yang sukar untuk digugat lagi.
Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita.WINGS akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Istana Budaya

Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos.

Selama 28 tahun terbang di ruang muzik rock Malaysia, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti kumpulan Wings. Sudah banyak kejayaan dikecapi termasuklah mencipta rekod penjualan tiket paling laris di Istana Budaya semasa Konsert Opera Hidup dua tahun lalu. Kembalinya Wings dengan sayapnya yang semakin lebar dan utuh di Istana Budaya dalam rangka pengembaraan Konsert Wings Rockestra 2013 pastinya bikin hati peminatnya tak mahu duduk diam dan keterujaan semakin memuncak.

Menjanjikan lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan depan khalayak di samping kelainan dari segi susunan muzik yang cukup eksklusif bila mana bergabung dengan para pemuzik handalan dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan kejutan untuk peminat di mana bakal menerbangkan seorang legenda rock dari Indonesia, bakal diabadikan di kotak minda peminat setia Wings.

Yeah! Awie, Joe, Eddie dan Black bakal menggegarkan sekali lagi Istana Budaya dengan lagu-lagu hit mereka! 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang dan tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.
Nama Konsert: Wings Rockestra 2013
Tarikh: 26, 27, 28 dan 30 April 2013
Durasi: 2 jam 30 minit
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Artis Utama: Wings
Orkestra Iringan: Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Encik Mustafa Fuzer
Anjuran: Anggerik Event Sdn Bhd

Info Tiket: www.ticket2U.com

TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA


Masih tercari2 cara menambah traffic yang banyak ke dalam blog?? Anda google sahaja dan boleh jumpa macam2 cara naikkan traffic blog anda. Admin hari ni just nak share info ringkas yang perlu anda buat supaya traffic ke blog anda meningkat.


  1. pastikan blog/web anda mesra SEO
  2. daftar blog/web di Webmaster Tools
  3. buat artikel dengan isi yang melebihi 200 patah perkataan
  4. tajuk artikel biar gempak dan buat orang lain terasa nak buka dan baca
  5. setiap kali buka blog org lain, jgn lupa komen dan letak sekali link blog anda dalam komen tu
  6. tinggal link anda di blog ini BLOGGER TRAFFIC HELP 
ps : jangan lupa komen dan tinggalkan tips2 lain ok. Tinggalkan link anda juga.  :)

SET RAWATAN IBU MENGANDUNG | BERSALIN | BERPANTANG


As salam.. Admin hari ni bukan nak tunjuk pandai bab2 ibu bersalin atau berpantang ni. Tapi just nak share dengan kawan2 yang baru dapat cahaya mata tu. Bukan niat admin nak memandai2 ok. Isteri admin bersalin anak pertama pada Ogos 2012 yang lalu secara pembedahan sbb baby terlalu besar dan air ketuban yang over lebey. Lepas bersalin, mcm2 petua la yang isteri admin dapat. Bila kepala isteri dah sarat dengan mcm2 petua, admin pun mula la mencari kaedah tradisional yang berkesan tapi moden.

Admin tak kisah bab duit, yang penting isteri sihat dan badan mampu bertahan dengan segala masalah lain. Lepas buat penelitian dan perbezaan dengan pelbagai produk yang ada di pasaran ( Nona Roguy , Century , Jamu Asli , Biodex , Shaklee ), akhirnya admin memilih Shaklee sebagai vitamin tambahan untuk isteri. Shaklee ni pun bukan baru dalam dunia perubatan. Dah 50tahun tu.. Produk pun berasaskan tumbuhan herba dan halal oleh Jakim. Jadi dengan arus zaman yang semakin moden, produk tersebut boleh la admin kategorikan sebagai TRADISIONAL + MODEN. Jadi rakan2 admin di luar sana yang baru menimang cahaya mata, boleh la buat kajian produk shaklee ni kalau berminat. InsyaAllah...

Pengedar Shaklee Di Kuantan : SaraShaklee

INFO LALUAN BAS RAPID KUANTAN ( updated 2014 )



No LaluanLaluan
100Hentian Bandar - Bukit Gambang Resort City
101Hentian Bandar - Taman Indera Sempurna
102Hentian Bandar - Permatang Badak
200Hentian Bandar - Teluk Cempedak
201Hentian Bandar - Taman Gelora
300Hentian Bandar - Taman Impian
301Hentian Bandar - Bukit Sagu
302Hentian Bandar - Indera Mahkota 1
400Hentian Bandar - Pekan
401Hentian Bandar - Ubai
500Hentian Bandar - Sg Lembing
601Hentian Bandar - Polisas Semambu

DOWNLOAD JADUAL PENUH LALUAN DI SINI - LALUAN BAS RAPID KUANTAN

BROWSER TERPANTAS 2013 ATASI FIREFOX DAN CHROME


Lunascape adalah web browser yang memakai KETIGA-TIGA enjin dari web browser utama iaitu Internet Explorer, Google Chrome, dan Mozilla Firefox..

Lunascape = IE (Trident)+Firefox (Gecko)+Chrome Safari (Webkit)

Ini bermakna, ia juga menyokong ketiga-tiga add on dari web browser yang telah dipasang pada PC anda. Pendek kata ia adalah web browser Universal Add-On!
Kalau anda rasakan Mozilla Firefox begitu User Friendly, Google Chrome Begitu pantas sekali, dan Internet Explorer memudahkan kerja-kerja pejabat anda,
maka Lunascape lebih lagi!
Add-On dari Mozilla Firefox dapat dipakai dengan cemerlang tanpa masalah..
selain itu, apabila anda menemukan sebuah laman yang tidak dapat dibuka dengan baik oleh Lunascape, anda hanya perlu menukar enjinnya sahaja!

Lunascape telah diuji untuk membuka 100 tab pada satu masa (serentak) dan terbukti ia tidak mengalami masalah sedikit pun..ia juga menyokong pemasangan pada Windows 7..dengan tiga enjin dari web browser ternama lagi tersohor itu, maka anda tidak perlu lagi menukar-nukar web browser untuk capaian laman yang lebih baik..hanya tukarkan enjin, dan anda sudah pun diibaratkan sedang memakai 'web browser' tersebut..contohnya apabila anda memakai enjin Trident, anda ibarat sedang membuka Internet Explorer..apabila anda tukar (switch) kepada Gecko, anda sudahpun menukar ia kepada Mozilla Firefox..begitu juga apabila anda menukar ia kepada Webkit, ibarat anda sedang melayari internet dengan menggunakan Google Chrome..ya..begitulah perumpamaan untuk kebolehan Lunascape..

Lunascape juga mempunyai kebolehan dari Google Chrome iaitu 'Inspect' yang sekiranya anda periksa pada Google Chrome, ianya adalah 'Inspect Element'..aplikasi yang sama, nama sahaja berbeza..ia digunakan untuk melihat kod yang digunakan pada sesebuah blog atau laman web..

Ia juga menyokong pemasangan secara mudah alih (portable) iaitu ia boleh dipasangkan pada pendrive anda.

Lunascape bukan sekadar memakai 3 ENJIN UTAMA sahaja, tetapi yang pasti ia LEBIH PANTAS BERBANDING WEB BROWSER YANG ASAL..

jadi kenapa perlu memasang tiga web browser sedangkan anda hanya perlu memasang SATU sahaja pada PC anda? saiznya setelah dipasang juga tidak begitu besar berbanding Google Chrome iaitu cuma 122MB sahaja (Google Chrome 146MB)..

Untuk mencuba perisian web browser ini, anda boleh memuat turunnya di Lunascape
Admin telah mencuba untuk membuka laman Youtube dengan keadaan internet di pejabat yang terlalu lambat dan hasilnya sangat memuaskan..buffering yang diperlukan oleh Lunascape lebih pantas dari Maxthon 3.0..

Jangan ragu2 untuk mencuba sesuatu yang baru. Sesuatu yang pantas dan menjimatkan masa loading anda. Cuba sekarang. Jangan lupa komen lepas baca ok!

KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2013



Tahniah tahniah tahniah diucapkan kepada aktor filem SAM dan 8 Jam, Shaheizy Sam yang meraih gelaran Bintang Paling Popular buat kali kedua di malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular malam tadi.

Selain Sam, nama-nama lain yang menyinar pada malam tersebut ialah Fara Fauzana, Nabila Huda, Aaron Aziz dan Zizan Razak yang turut boleh berbangga dengan kejayaan masing-masing.

Penyanyi yang semakin menyerlah di China, Shila Amzah dipilih sebagai Penyanyi Wanita Popular manakala kategori lelaki menjadi milik penyanyi lagu Ku Akui, Hafiz.

Tahniah juga diucapkan kepada pasangan pendatang baru, Aiman Hakim dan Wawa Zainal yang memenangi kategori Artis Baru Lelaki/Wanita Popular.


Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah 


Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda 


Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam 


Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Kumpulan Search

Bintang Paling Popular 2012
Shaheizy Sam


sumber : abpbh.com.my

Admin suke tengok pentas ABPBH.. gempak n stylo !~

SIARAN LANGSUNG VERSUS2

RANCANGAN MUZIK BAND PALING BEST
VERSUS 2 TELAH KEMBALI
5 BAND BERENTAP UNTUK HADIAH YANG LUMAYAN







JANGAN LEPASKAN PELUANG MELIHAT KREATIVITI MEREKA

HARI   :   JUMAAT

WAKTU   :   9.30 MALAM

SIARAN   :   TV9

TANGGA GAJI PDRM DAN ATM


Sumber dari Berita Harian

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:

Konstabel (N17)
P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46

Lans Koperal (N22)
P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02

Koperal (N26)
P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70

Sarjan (N29) (lantikan)
RM1,710.39 - RM4,335.62.


Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013
  1. Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  2. Gred jawatan dan gaji Koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  3. Gred jawatan dan gaji Sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
  4. Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam 
  5. Gred jawatan dan gaji Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  6. Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

SENARAI LOKASI MENGUNDI PRU13 SELURUH MALAYSIA

Perkongsian maklumat untuk semua rakan2 yang sudah layak mengundi. Sila semak status daftar pemilih bagi PRU13 di sini. Lakukan sekarang untuk memastikan nama anda, kad pengenalan, kawasan mengundi adalah tepat dan benar. Tidak perlu tunggu di saat-saat akhir untuk melakukannya. Ia perlu bagi memastikan tiada masalah berlaku di hari mengundi PRU13 nanti.

Perkara yang paling penting yang perlu anda tahu ialah tempat atau lokasi untuk anda membuang undi. Bukan boleh membuang undi sebarang tempat. Ada lokasi yang telah dikhaskan untuk memangkah calon yang bertanding dalam PRU13.


Perkhidmatan ini disediakan oleh Portal Rasmi PRU13, jika anda mengalami gangguan kerana bahan bacaan menggunakan format dan extension Adobe Reader, pastikan browser anda telah dikemaskini dengan aplikasi terbaru Adobe. Untuk lebih mudah, anda boleh download Foxit Reader dan install sebelum melayari portal PRU13 tersebut

Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak SPR Malaysia.

Senarai Tempat Mengundi PRU13 Bagi Seluruh Malaysia


Mengundi adalah satu tanggungjawab. Pilihlah calon yang layak dan berhak, dan bertanggungjawab atas agama, bangsa dan negara.

DR AZIZAN OSMAN


Mentor Pemasaran, Pengiklanan dan Jualan

Dr Azizan Osman memulakan latihan untuk menjadi seorang pakar dalam pemasaran dan jualan antarabangsa di dalam salah sebuah organisasi terkemuka di London bermula pada tahun 2001. Pada waktu itu, Dr Azizan menyertai organisasi tersebut untuk menjadi seorang pemasar berjaya, yang mampu menjual apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dipromosikan kepada sesiapa yang memerlukannya. Bakat yang dimiliki untuk menjalankan tugasan pemasaran telah membuka banyak peluang kepada beliau dan salah satu daripada peluang tersebut adalah membangunkan sebuah pasukan pemasaran yang diketuai oleh beliau sendiri. Tidak lama lepas itu, Dr Azizan telah lantik sebagai Pengurus Projek apabila beliau menunjukkan bakat sebagai seorang pemimpin.

Dengan rekod cemerlang yang dimiliki serta kepakaran pemasaran yang luar biasa, Dr Azizan kemudian ditawarkan oleh majikannya untuk menubuhkan syarikatnya sendiri. Hanya dalam masa dua tahun berkhidmat, Dr Azizan telah membawa kredibiliti beliau sebagai seorang pakar pemasaran antarabangsa ke tahap yang lebih tinggi apabila diberi “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.

Dalam tempoh perkhidmatan selama 8 tahun penuh makna dan menempa banyak kejayaan bersama organisasi terkemuka yang berpusat di kota London, Dr Azizan Osman telah merangkul sebanyak 14 anugerah individu bagi prestasi dan kejayaan beliau dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan serta pemasaran, iaitu bidang-bidang yang amat beliau minati.

Pada tahun 2008, Dr Azizan Osman telah mengambil langkah berani meninggalkan organisasi tersebut untuk meneruskan impian beliau memiliki syarikat sendiri dalam bidang pembangunan manusia serta beberapa lagi cabang perniagaan yang beliau minati. Aset terhebat yang telah beliau bawa bersama adalah pengalaman dan kerja keras yang diperolehi selama 8 tahun, untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan kepakaran beliau dalam industri tempatan.
Usahawan & Perunding Perniagaan Berjaya

Selepas meninggalkan prinsipalnya, Dr Azizan Osman meneruskan pembangunan perniagaannya dengan memfokus kepada pembangunan manusia dan latihan. 3 tahun kemudian, Dr Azizan dengan bangganya menjadi pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional yang dirangkumi oleh 12 anak syarikat di bawah naungan Kumpulan Richworks.

Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan pemasaran, rekaan grafik dan percetakan, perdagangan import eksport, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan, pengurusan acara serta perkhidmatan korporat dan perakaunan.

Kejayaan Dr Azizan telah mendapat liputan luas media tempatan dan kini beliau dikenali sebagai seorang mentor perniagaan terulung di Malaysia, atas keinginan dan keazaman beliau untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan lain mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam industri masing-masing. Bantuan yang beliau berikan adalah dalam pelbagai bentuk termasuk seminar, bual bicara, latihan, bimbingan peribadi, menjadi penulis tamu di dalam kolum beliau dalam sebuah akhbar tabloid terbesar tempatan serta muncul dalam program televisyen secara mingguan.

INFO NUFFNANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Hari ni genap 5 tahun admin mendaftarkan diri sebagai BLOGGER. Genap 2 tahun perkahwinan admin dengan isteri tersayang. Admin baru je cadang nak usha2 hadiah online, tapi ada pulak member yang baru berblogging duk tanya Nuffnang tu apa. So Admin singgah jap buat posting pasal Nuffnang. Pada yang belum tahu pun silalah teruskan membaca dan jgn la lupa komen ok. Info ni admin tak nak tulis panjang2 lah. Biar serba ringkas sebagai basic pengetahuan bersama. Tapi pada yang dah tau dan dah lama menceburkan diri dalam Nuffnang ni, korang tambah2 la apa yang patut biar entry ni jadi lebih menarik dan lebih di fahami.
Sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan antara syarikat yang popular dalam khidmat dan servis pengiklanan. Ia juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger berkongsi ilmu dan pendapat tentang pengiklanan dan menjana pendapaan daripadanya. Nuffnang juga secara tidak langsung sering menjadi penganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan yang menggunakan khidmat Nuffnang adalah terdiri dari nama-nama yang agak besar juga dalam pasaran negara seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi syarikat2 yang dikategorikan sebagai Gergasi dalam Malaysia ni. Jadi Nuffnang selalunya akan menjadi permulaan bagi seorang blogger untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog mereka apabila mengizinkan para pengiklan meletakkan iklan mereka di dalam blog blogger. ( Bukan secara terus tapi melalui Nuffnang )

Perlu diingatkan disini, tidak semestinya seorang blogger itu akan mendapat imbuhan yang tinggi hanya kerana meletakkan iklan di dalam blog.Ada beberapa kriteria yang perlu juga dipatuhi jika ingin menjana pendapatan yang betul2 lumayan melalui Nuffnang ni.

Itulah serba sedikit maklumat mengenai Nuffnang. Kalau anda seorang blogger yang bagus, rajin usaha dan rajin update blog, tak mustahil anda mampu menjana pendapatan mudah melalui Nuffnang ni. Tak salah rasanya kalau korang daftar awal2 dengan Nuffnang sbb bukan kena bayar pun kalau buka akaun. So lepas baca entri ni, adalah lebih afdal jika anda terus pergi mendaftar. DAFTAR NUFFNANG SEKARANG

Gunakanlah blog sebaiknya. Jadi seorang blogger yang bijak dan rajin. Blog ni bukan sahaja boleh jadi platform perniagaan korang je, tp dalam masa yang sama boleh membantu menambah pendapatan lain.
Sekian.........